Monday, July 14, 2008

Pertandingan Koir Lagu Hari Keputeraan Sekolah Rendah Senegara Kali Pertama 2008

Pertandingan Koir Lagu Hari Keputeraan Sekolah Rendah Senegara Kali Pertama 2008 sempena Hari Keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam akan diadakan pada ;

Tarikh : Sabtu Malam Ahad 16 Rejab 1429H / 19 Julai 2008
Jam : 8 Malam
Tempat : Pentas Perayaan Hari Keputeraan, Kawasan Lapang Tempat Letak Kereta Berhadapan Bangunan Alat-alat Kebesaran Di Raja, Bandar Seri Begawan.

Tetamu Kehormat : YM Awang Haji Mohammad Taib bin DH. Haji Abd. Wahab
Pengarah, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan
Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam

Sila dapatkan maklumat lanjut daripada Penyelaras Kegiatan Koir di Bahagian Kesenian dan Kebudayaan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum.

Wednesday, June 4, 2008

Persembahan Koir Majlis Bersama Rakyat sempena Hari Keputeraan KDYMM ke 62 Tahun

Persembahan Koir Majlis Bersama Rakyat sempena Hari Keputeraan KDYMM ke 62 tahun akan berlangsung pada:

Hari : Ahad 20hb. Julai 2008
Jam : 8.00 Pagi
Tempat : Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan



Persembahan Koir akan disampaikan oleh Sekolah-sekolah berikut:

Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan - 31 Orang
Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar - 31 Orang

Untuk makluman jadual raptai akan dimaklumkan kemudian. Please watch this space.

Makluman disediakan oleh Cikgu Sukardi Kaderi- JPKK

Persembahan Koir Menaikkan Bendera Sempena Ulangtahun hari Keputeraan Ke 62 Tahun

Persembahan Koir Menaikkan Bendera Sempena Ulangtahun hari Keputeraan Ke 62 Tahun melibatkan sekolah-sekolah berikut:

1. Sekolah Menengah Berakas - 50 orang penuntut (Jumlah pengawas?)
2. Sekolah PDS - 50 orang penuntut (Jumlah pengawas?)

Jadual raptai bagi majlis tersebut di atas ialah pada tarikh berikut:

Khamis 28hb. Jun 2008 Jam 8.00 Pagi
Isnin 30hb. Jun 2008 Jam 8.00 Pagi

Majlis sebenar berlangsung pada tarikh berikut:

Selasa 1hb. Julai 2008 Jam 8.00 Pagi

Kesemua raptai dan acara sebenar berlangsung di
Kawasan Lapang, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.



Sekian untuk makluman dan rujukan semua yang terlibat. Kepada para guru pengawas, dipohonkan kerjasama biskita untuk mengemail senarai nama pelajar kepada kami di koirbrunei@gmail.com