Thursday, July 12, 2007

LIRIK SEMARAK HARI KEPUTERAAN

LAGU : SEMARAK HARI KEPUTERAAN

Pencipta: Haji Md. Samri Haji Mohin

(Lelaki)

Menjelang lagi hari keputeraan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Muizzaddien Waddaulah

(Perempuan)

Gagah perkasa lagi bijaksana

Telah termasyhur di seluruh dunia

Pemimpin agung yang berwibawa

Sultan kedua puluh sembilan

CHORUS

(Ramai)

Seluruh rakyat bersuka ria

Tua dan muda semua merasa

Miskin dan kaya tidak dikira

Kanak-kanak pun turut bergembira

(Perempuan)

Kemeriahan acara tersedia

Tidak memilih bangsa dan agama

(Lelaki)

Menyemarakkan hari puja usia

Dengan penuh merasa bangga

MUSIC BREAK

CHORUS

(Perempuan)

Kemeriahan acara tersedia

Tidak memilih bangsa dan agama

(Ramai)

Menyemarakkan hari puja usia

Dengan penuh merasa bangga

Dengan penuh merasa Bangga

(Ramai)

15 Julai tidak pernah dilupa

Tersemat di hati rakyat jelata

Kepada Baginda tercinta

Selamat Hari Puja Usia

Selamat Hari Puja Usia

Selamat Hari… Puja Usia…

No comments: