Thursday, July 12, 2007

LIRIK KEKAL KARAR

LAGU : KEKAL KARAR

Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Muizzaddien Waddaulah

Sultan Brunei ke dua puluh sembilan

Menaiki tahkta 5 Oktober

Tahun enam puluh tujuh

Raja berdaulat berwibawa

Berkat kepimpinan yang bijaksana

Negara makmur

Seluruh rakyat terasa bahagia

Kepada Allah kita bersyukur dan berdoa

Moga dilanjutkan usia Baginda

CHORUS

Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Muizzaddien Waddaulah

Lambang perpaduan bangsa

Rakyat bersatu teguh kukuh selamanya

Menegakkan Negara Melayu Islam Beraja

Negara merdeka aman berjaya

Cergas membangun

Rakyat berikrar taat setia

Kekal karar memimpin negara tercinta

Sejahtera Brunei selamanya

LIRIK SANJUNGAN BUDI

LAGU : SANJUNGAN BUDI

Lirik: Dato Paduka Haji Alidin Haji Othman

Muzik: Abdullah Haji Kipli

(Lelaki)

Semaraknya meriahnya

Hari keputeraan Raja Kita

Hari gembira dan bahagia

Tanda kesyukuran ke hadrat Yang Maha Esa

(Perempuan)

Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda

Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Muizzaddien Waddaulah

Mahkota Negara Brunei Darussalam aman sentosa

(Perempuan)

Baginda, Raja mesra rakyat

Sanjungan budi sepanjang hayat

(Lelaki)

Daya kepimpinan yang cemerlang

Bawa pemerintahan gemilang

(Ramai)

Bersama kita menjunjung titah

Titih mengorak langkah

Menanai hasrat Negara

Membina membela bangsa tercinta

Doa ikhlas untuk Raja kita

Ya Allah, lanjutkan usia Baginda

Kekal karar menerajui nusa bangsa

Sanjungan budi untuk Raja berjasa

DAULAT KEBAWAH DULI TUAN PATIK

LIRIK RAHMAT

LAGU : RAHMAT

Oleh: Fathan Anuar


Syukur rahmat kepada Allah

Melanjutkan usia Baginda

Melanjutkan usia Baginda

Melanjutkan usia Baginda

Syukur rahmat kepada Allah

Melanjutkan usia Baginda

Melanjutkan usia Baginda

Melanjutkan usia Baginda

Di hari yang penuh gemilang dan rasa gembira

Semua rakyat mendoakan kekal karar memerintah

Di hari yang penuh gemilang dan rasa gembira

Mari semua kita panjatkan doa kepadaNya

ULANG RANGKAP 1 & 2

Khalifah yang berwibawa

Dihormati rakyatnya

Sifat pemedulian tetap jadi ristaan

Membawa ke mercu jaya

Negara terus gemilang

Menjadi satu sejarah

Yang tak akan dilupa

ULANG RANGKAP 3 & 4

ULANG RANGKAP 1 & 2

Aman makmur dan sentosa

Zaman pemerintahannya

Rakyat rasa selamat

Darussalam bertuah

Suasana penuh ria

Di hari keputeraan

Kegembiraan nampak di wajah semua

ULANG RANGKAP 3 & 4

ULANG RANGKAP 1 & 2

Rahmat…

Rahmat…

LIRIK SEMARAK HARI KEPUTERAAN

LAGU : SEMARAK HARI KEPUTERAAN

Pencipta: Haji Md. Samri Haji Mohin

(Lelaki)

Menjelang lagi hari keputeraan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Muizzaddien Waddaulah

(Perempuan)

Gagah perkasa lagi bijaksana

Telah termasyhur di seluruh dunia

Pemimpin agung yang berwibawa

Sultan kedua puluh sembilan

CHORUS

(Ramai)

Seluruh rakyat bersuka ria

Tua dan muda semua merasa

Miskin dan kaya tidak dikira

Kanak-kanak pun turut bergembira

(Perempuan)

Kemeriahan acara tersedia

Tidak memilih bangsa dan agama

(Lelaki)

Menyemarakkan hari puja usia

Dengan penuh merasa bangga

MUSIC BREAK

CHORUS

(Perempuan)

Kemeriahan acara tersedia

Tidak memilih bangsa dan agama

(Ramai)

Menyemarakkan hari puja usia

Dengan penuh merasa bangga

Dengan penuh merasa Bangga

(Ramai)

15 Julai tidak pernah dilupa

Tersemat di hati rakyat jelata

Kepada Baginda tercinta

Selamat Hari Puja Usia

Selamat Hari Puja Usia

Selamat Hari… Puja Usia…

LIRIK TERAJU NEGARA

LAGU : TERAJU NEGARA

Ciptaan : Rosman Masri

Dulu kini dan selama-lamanya

Tercatat dalam sejarah negara

Jadi ristaan sepanjang masa

Disanjung seluruh rakyat jelata

Berjiwa penyayang penuh berwibawa

Berbekalkan ilmu dalam dada

Kasih tumpah tak mengira bangsa

Adil saksama dirasa bersama

**

Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Muizzaddien Waddaulah

Pemerintah Negara kedua puluh sembilan

Negara tercinta Brunei Darussalam

Termasyhur di seluruh negara

Mulia sifatnya

Baik budi bahasa

Dermawan pemurah hatinya

Digalati terhormat dan disayangi

Seluruh rakyat mendoakan

Pada Tuhan yang Maha Kuasa

Dilanjutkan usia Baginda Sultan

Kekal memerintah di atas takhta

ULANG **

Teraju negara ke arah keamanan

Agama Islam menjadi pegangan

Bersyukur rakyat pada Yang Esa

Bawah kepimpinan Raja Bijaksana

Daulat kebawah Duli Tuan Patik

Daulat kebawah Duli Tuan Patik

Daulat kebawah Duli Tuan Patik

Daulat

LIRIK MENJUNJUNG DULI

LAGU : MENJUNJUNG DULI

Duli Tuan Patik memerintah negeri

Sentosa tiap hari

Hamba dan rakyat sangat senang hati

Tuan Patik baik budi

Segala miskin kaya

Merasakan hidup bahagia

Mereka semuanya mendoakan lanjut usia

Kita juga sama turut merasa bahagia

Aman serta makmur kita nikmati bersama

Sambil melenggang dengarkan irama

Menari ikut langkah

Wajah Tuan Patik ditujukan sembah

Sedia junjung titah

Menari berpasangan

Senang hati bersama rasakan

Tarian yang gembira

Memberikan hiburan belaka

Sungguh riang hati kita beramai menari

Tari tanda mata untuk kenangan bersama

LIRIK DIRGAHAYU

LAGU : DIRGAHAYU

Ciptaan : Haji Idris Haji Muhammad


Sejarah indah Negeri Brunei

Hassanal Bolkiah diputerakan

15 haribulan Julai

Sembilan belas empat puluh enam

Selamat diputerakan

Paduka Seri Sultan

Pada Tuhan dipohonkan

Usia baginda dilanjutkan

Putera Tertua lagi gahara

Sultan Omar Ali Saifuddien

Diasuh jadi tampuk negara

Menuntut ilmu tekun dan rajin

Dirgahayu Baginda

Hidup aman bahagia

Selamat puja usia

Kekal memerintah negara

MUSIC BREAK

Hassanal Bolkiah dimasyhurkan

Jadi Pengiran Muda Mahkota

Pada baginda puncak harapan

Negara makmur rakyat bahagia

Selamat diputerakan

Paduka Seri Sultan

Pada Tuhan dipohonkan

Usia baginda dilanjutkan

Hassanal Bolkiah menaiki takhta

Ganti Paduka Seri Begawan

Rakyat jelata taat setia

Mendoakan kebahagiaan

Dirgahayu Baginda

Hidup aman bahagia

Selamat puja usia

Kekal memerintah negara